Hartanah

11 lelaki ponteng solat Jumaat ditahan JHEAT

WhatsApp Image 2023 03 17 at 5.38.59 PM

rumahkabin black

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 lelaki yang melepak di kawasan kedai sekitar hentian bas dan teksi di Tanjung di sini pada waktu solat Jumaat ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hari ini.

Kesemua lelaki yang ditahan itu berusia 20 hingga 50 tahun dan daripada jumlah itu, enam daripada mereka adalah pekerja sebuah pasar raya berhampiran.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, lelaki tersebut memberi alasan mereka telah menunaikan solat Jumaat dan baru sahaja pulang dari masjid ketika ditahan.

“Bagaimanapun, kita tidak menerima alasan tersebut kerana pegawai penguat kuasa syariah wanita telah membuat pemantauan sejak pukul 1.15 tengah hari.

“Pemantauan mendapati mereka memang berada di situ dan tidak pergi menunaikan solat Jumaat sehinggalah ditahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Operasi yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JHEAT itu mendapat kerjasama daripada 20 pegawai penguatkuasa syariah Daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

Khairul Azizi berkata, kesemua lelaki tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 (pindaan 2016).

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Kita mengingatkan lelaki Muslim agar tidak culas menunaikan ibadah solat Jumaat kerana ia adalah wajib kecuali keuzuran,” katanya. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link