Pelaburan

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan

MGF07032023 PM HADIR PERWAKILAN DIPLOMATIK 1

rumahkabin black

PHNOM PENH – Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan esok.

“Ini maklumat terbaharu yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaharu ada 12 lagi berjaya dibebaskan,” katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja, hari ini.

Pada sidang media bersama Perdana Menteri, Kemboja Hun Sen petang tadi, Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihaknya akan ke lokasi mangsa esok untuk urusan membawa pulang semua mereka.

“Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad,” katanya. – Bernama

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link