Pelaburan

2 daripada 3 beradik dirantai masih bersekolah, kata menteri

8a8ceaec fadhlina sidek ketua wanita pkr 2

rumahkabin black

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan dua beradik itu bersekolah di sekitar Perlis dan tiada rekod menunjukkan mereka ponteng sekolah.

8a8ceaec fadhlina sidek ketua wanita pkr 2
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya hanya akan bertindak selepas siasatan kes itu yang membabitkan beberapa kementerian selesai.

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dua daripada tiga remaja yang ditemui dalam keadaan kaki berantai di Perlis, masih bersekolah.

Berdasarkan rekod kementeriannya, beliau berkata, dua beradik itu bersekolah di sekitar Perlis dan tiada rekod menunjukkan mereka ponteng sekolah.

“Di pihak kementerian, kami akan memastikan keperluan dan kesejahteraan mereka dijaga dengan baik,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata, Kementerian Pendidikan menunggu laporan lengkap berhubung tiga beradik di sebuah kampung di Perlis yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu mereka.

Dalam kejadian malam kelmarin, tiga beradik berusia 13 hingga 16 tahun ditemui orang awam dalam keadaan kaki berantai di tepi jalan di kampung terbabit.

Dua daripada mangsa itu dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

Hasil semakan polis mendapati dua mangsa itu memiliki kad orang kurang upaya (OKU), iaitu masalah pendengaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihaknya hanya akan bertindak selepas siasatan kes itu yang membabitkan beberapa kementerian selesai.

“Ia kini menjadi kes berbeza. Kami akan membiarkan proses sewajarnya berjalan dengan lancar dahulu.

“Keutamaan kita ialah pendidikan mereka selepas ini, memandangkan mereka kini ditempatkan di institusi jagaan,” katanya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link