Hartanah

8 maut Genting: P. Pinang sumbang RM2,000 kepada waris mangsa

maut genting

rumahkabin black

SEBERANG PERAI – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada lapan waris mangsa terkorban dalam tragedi van persiaran terbabas ketika menuruni Genting Highlands, di Pahang Rabu lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan itu diberi bagi menyatakan tanda simpati kerajaan Pulau Pinang terhadap keluarga mangsa yang terlibat.

“Saya berharap agar semua urusan atau upacara pengkebumian yang dijadualkan juga berjalan lancar,” katanya ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga mendiang Foong Ah Lan, 67, salah seorang daripada mangsa nahas terbabit di Juru, hari ini.

Selain Ah Lan, tujuh lagi mangsa yang maut dalam tragedi itu setakat ini ialah pemandu van, Wong Choun Chiet, 49, Lee Moy, 67, Wong Ah Moi, 83, Ang Meng Hong, 62, Seow Mee Tin, 72, Chan Them Kong, 70, dan Chew Chong Beh, 73.

Sementara itu, tujuh lagi penumpang van tersebut ketika ini dilaporkan masih dirawat di hospital dan ada dalam kalangan mereka yang masih dalam keadaan kritikal.

Dalam pada itu, salah seorang anak kepada Ah Lan iaitu Mah Chuo Yaik, 30, turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan keluarga mereka selepas pemergian ibunya secara mengejut.

Katanya, mereka sekeluarga terutama ayahnya, Mah Kok Yean, 69, sehingga ke hari ini masih bersedih dengan pemergian isterinya.

“Saya bukan sahaja kehilangan ibu, malah bapa saudara (Chang Them Kong, 70) yang turut maut dalam kemalangan sama.

“Isterinya pula iaitu kakak kepada ibu saya iaitu Phang Gek Moy (68 tahun) ketika ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur,” katanya yang menyifatkan mendiang ibunya seorang yang baik dan ceria.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang turut meluangkan masa memberikan penghormatan terakhir kepada keluarga mangsa terbabit berkata, pihaknya ada menerima permintaan daripada ahli keluarga mangsa untuk menyiasat kemalangan berkenaan.

Justeru katanya, DAP bersedia untuk menyediakan bantuan guaman kepada semua waris kepada mangsa kemalangan itu yang mahu menuntut keadilan. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link