Pelaburan

Anak Najib sedia tanding naib ketua Pemuda Umno

Nazifuddin Najib bernama492021 1

rumahkabin black


Nazifuddin Najib bernama492021 1
Mohd Nazifuddin Najib berkata, sebagai pemimpin persatuan sukan beliau mempunyai kelebihan untuk berdamping dan menarik golongan muda untuk bersama Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anak bekas perdana menteri Najib Razak, Mohd Nazifuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.

Nazifuddin berkata sekiranya diberi peluang, beliau mahu menarik lebih ramai golongan muda menyertai Umno sekaligus dapat memperkukuh parti itu dimasa hadapan.

“Sebagai seorang ahli dalam persatuan sukan, saya merasakan ia satu kelebihan bagi saya untuk mendampingi golongan muda seterusnya mendorong mereka bersama kita,” katanya dalam kenyataan.

Nazifuddin yang juga setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, beliau mahu menyumbang kudrat dalam memartabatkan aktiviti sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, meningkatkan taraf ekonomi serta melaksanakan program berfaedah kepada golongan muda.

“Sekiranya diberi peluang menjawat jawatan ini, saya akan memfokuskan kepada golongan pengundi baharu, lepasan sekolah agar mereka dapat membantu kita memenangi PRU akan datang,” katanya.

Pemilihan Umno akan bermula 1 Feb membabitkan mesyuarat dan pemilihan bagi jawatankuasa cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan yang berlangsung sehingga 26 Feb depan.

Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa Umno bahagian bersama pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link