Pelaburan

Anwar akan saksi pemeteraian MoU ambil pekerja Kemboja

02 WISMA PUTRA PUTRAJAYA

rumahkabin black

Selain pemeteraian MoU pengambilan pekerja, perdana menteri juga dijangka membincangkan isu lain seperti penipuan pekerjaan di Kemboja.

02 WISMA PUTRA PUTRAJAYA
Anwar Ibrahim akan ke Kemboja esok dalam lawatan rasmi luar negara ketujuhnya sejak dilantik menerajui negara.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menyaksikan pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengambilan pekerja Kemboja dalam lawatan sehari ke negara itu esok.

Ia adalah lawatan rasmi luar negara ketujuh Anwar sejak dilantik menerajui negara pada 24 Nov lalu.

Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 9.15 pagi dan disambut Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, Othsman Hassan selaku menteri pengiring mewakili kerajaan Kemboja.

Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir dalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata, lawatan rasmi itu atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Katanya, lawatan rasmi itu merangkumi sesi menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni di Istana Diraja Kemboja dengan Anwar akan diraikan dalam upacara sambutan rasmi di Peace Palace dan mengadakan pertemuan dengan Hun Sen kemudian.

Semasa lawatan itu, beliau berkata, Anwar akan menyaksikan pemeteraian dua MoU antara kedua-dua kerajaan berhubung Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja Bagi Sektor Domestik serta Sektor Formal.

Selain pemeteraian MoU, katanya, Anwar juga dijangka membincangkan isu lain seperti penipuan pekerjaan di republik itu.

“Kita akan memohon supaya Malaysia dan Kemboja dapat bekerjasama mengatasi masalah ini. Sehingga kini, kita berjaya menyelamatkan 287 orang dalam kes penipuan pekerjaan di Kemboja melibatkan rakyat Malaysia,” katanya menurut Bernama.

Anwar akan diiringi Zambry, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar.

Pada 2022, Kemboja merupakan rakan dagangan ke-58 terbesar Malaysia dan kelapan terbesar di Asean dengan nilai dagangan USD683.6 juta, meningkat 20.8% berbanding tahun sebelumnya.

Nilai eksport ke Kemboja pula meningkat 15.3% kepada USD526.5 juta, manakala import dari Kemboja merekodkan peningkatan 43.5% kepada USD157.1 juta berbanding tahun sebelumnya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link