Pelaburan

Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia

ac9cd48ecb3c55ba50216f9e460eee87641c60b4f3e89

rumahkabin black

JEDDAH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Arab Saudi dan Malaysia, beliau berkata kerajaan baharu di bawah kepimpinannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI.

“Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.

“Kami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Islamic Development Bank di sini hari ini.- BERNAMA

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link