Infotainment

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu

MyJPJ RoadTax

rumahkabin black

Hari ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi perlu menampal pelekat cukai jalan untuk kenderaan peribadi mereka ataupun mencetak lesen kenderaan secara fizikal.

MyJPJ RoadTax
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 12

Sewaktu pengumuman tersebut, Anthony Loke turut mengatakan bahawa proses pendigitalan ini adalah diantara langkah-langkah pertama dalam mendigitalkan pelbagai khidmat kerajaan sedia ada.

Melalui pengumuman tersebut, bermula hari ini, 10 Februari 2023 rakyat Malaysia boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ dari Apple App Store, Google Play Store dan juga Huawei App Gallery, mendaftar butiran mereka, dan memperlihatkan lesen dan juga cukai jalan mereka secara digital.

FokpUXKaUAIR1pm
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 13

Butiran ini juga dapat diperlihatkan melalui laman web MySikap, dimana butiran lesen memandu dapat dilihat. Laman web ini juga dikatakan akan dikemaskini dengan butiran pelekat cukai kenderaan juga tidak lama lagi.

Bagi mereka yang tidak gemar memasang begitu banyak aplikasi pada peranti mereka, Anthony Loke juga mengatakan bahawa tangkapan layar untuk lesen memandu dan kenderaan ini juga boleh digunakan sebagai bukti bahawa mereka mempunyai dokumen-dokumen yang sah.

FokpVSUaMAAiTUi
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 14

Proses pendigitalan lesen dan cukai kenderaan ini juga memastikan bahawa pelekat cukai kenderaan semuanya dapat diperlihatkan dibawah satu profil pemilik kenderaan-kenderaan ini. Berbalik kepada penggunaan tangkapan layar, mereka yang memandu kenderaan bukan milik mereka boleh menggunakan tangkapan layar pelekat lesen kenderaan tersebut sekiranya ditanya mengenai pemilikan kenderaan tersebut.

Inisiatif pendigitaln lesen dan cukai ini juga adalah usaha kerjasama diantara Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga bahagian trafik Polis Diraja Malaysia dimana pihak JPJ dan PDRM akan diberi kelengkapan yang membolehkan mereka untuk mendapatkan maklumat lesen dan juga cukai kenderaan melalui imbasan nombor plat kereta sahaja.

IMG 8339
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 15

Dalam fasa pertama pendigitalan perkhidmatan JPJ ini, pengguna akan diberikan pilihan untuk menggunakan sistem baru ini, ataupun masih kekal menggunakan lesen dan pelekat cukai kenderaan sedia ada.

Ini adalah kerana pihak kerajaan akur bahawa ketersediaan sambungan internet, khususnya ke kawasan-kawasan pedalaman negara masih lagi sedang diperbaiki, dan ramai juga yang tidak begitu gemar untuk berpindah kepada sistem digital sepenuhnya, khususnya apabila mereka perlu memuat-turun aplikasi baru.

Lesen Memandu
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 16

Fasa pertama ini juga dapat dilihat sebagai ujian perintis yang mana hanya kenderaan persendirian boleh memanfaatkan penggunaan lesen memandu dan kenderaan kereta digital pada masa ini. Ini termasuklah lesen memandu dan juga kenderaan untuk kereta dan motorsikal persendirian.

Untuk kenderaan-kenderaan persendirian syarikat (termasuk kenderaan seru-pandu dan penghantaran barang/makanan), kenderaan perdagangan meliputi kenderaan barangan dan perkhidmatan awam dan juga kenderaan yang dimiliki warganegara asing, kenderaan-kenderaan ini masih lagi perlu mempamerkan pelekat cukai kenderaan di cermin hadapan kenderaan.

GrabFood
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 17

Untuk pemegang lesen memandu Malaysia, mereka yang memegang Lesen Belajar Memandu, Lesen Vokasional (PSV/GDL/KON), pemegang lesen memandu Malaysia bagi warganegara asing dan juga pemegang lesen memandu luar oleh warganegara asing masih lagi memerlukan lesen fizikal juga.

Anthony Loke juga mengatakan bahawa lesen memandu dan kenderaan motor ini juga akan hadir dengan versi digital di masa yang akan datang pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Sekolah Memandu Kereta
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 18

Peralihan daripada lesen memandu dan kenderaan motor fizikal ke digital ini juga dijangka akan menjimatkan pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ sekitar RM96 juta setahun dan penjimatan tersebut akan dimanfaatkan untuk mendigitalkan pelbagai perkhidmatan JPJ yang lain.

Integrasi diantara pelbagai aplikasi JPJ seperti MySikap dan sebagainya juga akan dilakukan untuk menyatukan fungsi-fungsi JPJ ini dan mengelakkan perlunya orang ramai untuk memuat-turun aplikasi berbeza untuk menggunakan khidmat-khidmat sedia ada.

myjpj login error
Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Pendigitalan Lesen Memandu Dan Kenderaan Yang Baharu 19

Buat masa ini, orang ramai dijangka akan mahu mendaftar akaun MyJPJ untuk memanfaatkan ciri lesen memandu dan kenderaan digital ini dan rata-rata akan menyebabkan aplikasi tersebut sukar untuk diakses.

Nasihat kami ialah untuk mencuba lagi di hari-hari akan datang apabila mesin pelayan myJPJ hadir boleh menampung kapasiti pengguna yang lebih ramai. Ini adalah kerana MyJPJ hanya perlukan butiran log masuk pengguna, dan butiran seperti lesen memandu dan kenderaan sudahpun disimpan didalam mesin pelayan JPJ.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link