Infotainment

Apple Dijangka Menambah Satu Lagi Model Penawaran iPhone Menjelang 2024 Pada Harga Lebih Tinggi – iPhone “Ultra”?

Ulasan iPhone 14 Plus 07

rumahkabin black

Apple pada hari ini sedia mempunyai penawaran model iPhone Pro dan juga iPhone Pro Max. Disamping kedua-duanya, Apple kini dilaporkan mungkin menambah satu lagi model di atas kedua-dua model mercu sedia ada, berkemungkinan “Ultra”.

Apple dijangka memperkenalkan model tersebut seawal 2024 melalui keluarga iPhone 16 kelak. Dengan model “Ultra” ini, ia dijangka membawa harga jualan yang lebih tinggi berbanding harga jualan Pro Max sedia ada.

Ulasan iPhone 14 Plus 07
Apple Dijangka Menambah Satu Lagi Model Penawaran iPhone Menjelang 2024 Pada Harga Lebih Tinggi – iPhone “Ultra”? 5

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi keseluruhan ciri yang bakal dibawa pada model “Ultra” ini. Berkemungkinan ia hadir dengan skrin lebih besar, cip lebih berkuasa, termasuk sokongan kamera lebih baik berbanding yang lain.

Pada hari ini, Apple sedia menawarkan model “Ultra” melalui jam tangan pintar, dan kini ia dijangka diperluaskan ke keluarga peranti yang lain.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link