LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta sudah boleh menerima hakikat bahawa pasukannya kini harus memberikan fokus penuh kepada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa, The Gunners harus lebih bersedia untuk mempertahankan kelebihan lima mata yang dimiliki ketika ini dan segalanya bermula pada aksi bertemu Crystal Palace malam ini.
Biarpun berdepan kekecewaan di pentas Eropah, Arteta lebih selesa melihat situasi ini dari sudut positif berbanding terlalu meratapi kekalahan kepada Sporting Lisbon pada saingan Liga Europa itu.
“Selepas kekalahan ini, saya tidak melihatnya daripada sudut itu,” kata Arteta ketika ditanya mengenai adakah kekalahan kepada Sporting Lisbon jadi satu rahmat kepadanya untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
“Jika ia menjejaskan perancangan kami dalam saingan liga, ia akan jadi cerita berbeza. Kami mahu mengharunginya dan kami sudah cuba lakukan segala-galanya.
“Secara kolektifnya, kemahuan dan keinginan pemain untuk menang makin memuncak. Begitulah yang dihadapi pemain dalam saingan Eropah, mereka mahukan kemenangan, tetapi ia tidak berjaya,” katanya.
Memandangkan pencabar terdekat, Manchester City tidak akan bermain perlawanan liga dan ekoran bersaing di Piala FA, Arsenal berpeluang memberi tekanan kepada lawan itu dengan cuba menjadikan jurang lapan mata jika menang ke atas Crystal Palace. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link