Infotainment

ASUS ROG STRIX Dengan Gabungan AMD Dan NVIDIA Juga Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan

ASUS STRIX G 2

rumahkabin black

ASUS Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa siri komputer riba ASUS ROG STRIX mereka yang terdiri daripada ASUS ROG STRIX SCAR dan ASUS ROG STRIX G yang dikuasakan cip pemprosesan Intel dan NVIDIA akan ditawarkan bermula pertengahan Februari ini.

Syarikat tersebut juga telah mengesahkan bahawa dua model komputer riba dalam siri yang sama, iaitu ASUS ROG STRIX SCAR 17 dan juga ASUS ROG STRIX G17 yang dikuasakan gabungan cip pemprosesan AMD dan NVIDIA.

ASUS STRIX G 2
ASUS ROG STRIX Dengan Gabungan AMD Dan NVIDIA Juga Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan 6

Bermula dengan paparan komputer-komputer riba ini, ASUS STRIX SCAR 17 hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 17.3 inci dengan resolusi 2560×1440 dengan nisbah paparan 16:9 dan kadar segar semula 240Hz.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 9 7945HX dengan penawaran memori DDR5 sebanyak 32GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Dari segi penawaran kad grafik pula, ROG STRIX SCAR 17 hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 dan juga RTX 4080 bergantung kepada kehendak pengguna.

Untuk model ASUS ROG STRIX G17 pula, ia hadir dengan penggunaan saiz dan resolusi paparan skrin dan juga cip pemprosesan yang sama, tetapi dari segi penawaran kad grafik, model ini tampil dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.

ASUS STRIX G
ASUS ROG STRIX Dengan Gabungan AMD Dan NVIDIA Juga Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan 7

Dari segi penyejukan, kedua-dua komputer riba ini hadir dengan sistem tiga kipas terbaru ASUS, dan juga menggunakan cecair penyejuk logam Conductonaut Extreme

ASUS Malaysia mengatakan bahawa model-model STRIX G ini akan ditawarkan pada penghujung bulan ini pada tanda harga yang akan ditetapkan kelak.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link