Infotainment

ASUS Zenbook 14 Flip OLED Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499

IMG 0780

rumahkabin black

Tidak lama selepas pengumuman bahawa ASUS Malaysia akan menjual komputer riba ASUS Zenbook 14X OLED di pasaran tempatan, syarikat tersebut sekali lagi mengumumkan bahawa mereka juga akan membawa masuk sebuah lagi model ASUS Zenbook, iaitu ASUS Zenbook 14 Flip OLED ke pasaran tempatan.

IMG 0780
ASUS Zenbook 14 Flip OLED Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499 8

ASUS Zenbook 14 Flip OLED hadir dengan paparan OLED NanoEdge sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 90Hz yang boleh dipusing 360 darjah untuk menjadikan komputer riba ini sebagai sebuah tablet.

IMG 0785
ASUS Zenbook 14 Flip OLED Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499 9

Ia turut menyokong pelbagai jenis teknologi paparan seperti kebolehan mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3, ketepatan olahan warna Delta-E <2 dan DisplayHDR TrueBlack 500 untuk pengalaman olahan warna jitu tidak kira untuk tujuan produktiviti ataupun riadah.

Keunikan komputer riba ini hadir dengan engsel Ergolift yang boleh dipusing 360 darjah untuk dijadikan sebuah tablet dan menggunakan panel Corning Gorilla Glass NBT yang dibangunkan khusus untuk digunakan bersama dengan komputer riba seperti ini.

IMG 0781
ASUS Zenbook 14 Flip OLED Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499 10

Ia juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1340P dengan memori LPDDR5 16GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 512GB dengan kelajuan pembacaan data sekitar 3500MB/s. Komputer riba ini merumahkan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-A, satu palam audio 3.5mm dan satu palam HDMI 2.1.

IMG 0800
ASUS Zenbook 14 Flip OLED Akan Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499 11

ASUS Malaysia mengesahkan bahawa komputer riba ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini akan mula dijual pada penghujung bulan ini pada harga RM5499.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link