Hartanah

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

PPS Tutup

rumahkabin black

JOHOR BAHRU – Selepas lebih dua minggu dilanda banjir, Johor akhirnya pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak, Segamat ditutup pukul 2 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, seramai 22 mangsa banjir daripada tujuh keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing di kampung tersebut.

Azmi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dengan penutupan PPS terakhir yang beroperasi sejak 24 Januari lalu itu, negeri ini pulih dari banjir.

“Tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS itu dibenarkan pulang selepas banjir di kawasan kediaman mereka di Kampung Seberang Batu Badak surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh, manakala paras air Sungai Bekok di Batu Pahat masih berada pada paras bahaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link