Usul itu dibentang timbalan presiden Ahmad Faizal Azumu dan disokong setiausaha agung Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR: Majoriti Perwakilan Bersatu yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ke-5 menyokong usul menolak peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai presiden.
Usul yang dibentangkan Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu disokong apabila majoriti perwakilan bangun berdiri ketika undian dilakukan.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin kemudian menyokong usul yang dibentangkan Faizal.
“Jangan dinoktahkan perjuangan yang suci, ikhlas dan jujur ini. Hasrat musuh untuk tamatkan perjuangan Tan Sri (Muhyiddin) kami tidak izinkan, kami mahu Tan Sri terus berjuang sebagai presiden kami.
“Demi sebuah perjuangan, demi Rakyat, bertahanlah Tan Sri selagi hayat dikandung badan,” kata Hamzah ketika ucapan menyokong usul tersebut pada perhimpunan itu di Menara PGRM hari ini.
Keputusan usul itu disahkan Pengerusi Tetap Mohd Suhaimi Abdullah.
Dalam pada itu, Muhyiddin ketika ucapannya menerima keputusan Bersatu itu dan akan meneruskan tugas beliau sebagai presiden.
Semalam, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebulat suara menolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai presiden Bersatu selepas diputuskan dalam mesyuarat khas.
Hamzah berkata, MPT menegaskan pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai presiden, bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi.
Muhyiddin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung program Jana Wibawa untuk memperoleh RM232.5 juta bagi Bersatu.
Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link