KUALA KANGSAR – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) masih menanti-nantikan maklum balas dari sebuah syarikat di Melaka yang sebelum ini menunjukkan minat untuk menambah baik perkhidmatan bot persiaran sungai (river cruise) di Sungai Perak di sini.
Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, pihaknya pada tahun lalu telah mengadakan perbincangan dengan syarikat itu untuk merancakkan aktiviti pelancongan di daerah ini menerusi perkhidmatan berkenaan.
“Bagaimanapun, kita masih belum menerima maklum balas daripada pihak berkenaan. Mungkin syarikat itu memerlukan lebih masa untuk meneliti projek tersebut.
“Selain syarikat tersebut, kami juga pernah menerima kunjungan beberapa syarikat lain yang berminat mengusahakan perkhidmatan tersebut namun mereka juga tidak memberi maklum balas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link