Pelaburan

Buku, kasut dan pakaian sekolah baharu rosak akibat banjir

MGF06032023 HUMAN INTEREST BANJIR3

rumahkabin black

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal terpaksa berputih mata apabila semua persiapan sekolah baharu dibeli untuk lima anaknya memulakan sesi persekolahan rosak akibat ditenggelami banjir.

Norashidah Khamis, 37, berkata, akibatnya, dia bukan sahaja kerugian lebih RM1,500 malah buntu memikirkan bagaimana semua anaknya berusia 7 hingga 16 tahun akan bersekolah 19 Mac ini.

MGF06032023 HUMAN INTEREST BANJIR9
Norashidah Khamis

“Ingatkan bila buat sikit-sikit persiapan awal sekolah anak, tak lah rasa terbeban sangat tapi tak sangka pula semuanya rosak sekelip mata termasuklah buku teks sekolah.

“Sekolah nak buka lagi dua minggu sahaja lagi, mana nak cari duit untuk beli keperluan sekolah anak,” katanya sedih ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawa Baru, Chaah, di sini, hari ini.

MGF06032023 HUMAN INTEREST BANJIR8
Mohd Rosleyzan Mohd Rahim

Pasangan suami isteri, Mohd Rosleyzan Mohd Rahim, 37 dan Ainul Azliany Ismail, 37 berkata, banjir kali ini adalah yang terbesar sehingga rumah mereka di kampung itu tenggelam sehingga ke paras bumbung.

“Bukan sahaja semua persiapan sekolah empat anak yang baru dibeli musnah, bahkan semua pakaian, perabot di dalam rumah rosak dihanyutkan arus deras.

“Paras air yang naik begitu cepat membuatkan saya tak sempat menyelamatkan harta benda kecuali beberapa dokumen penting,” katanya.

MGF06032023 HUMAN INTEREST BANJIR13
Ainul Azliany bersama anaknya melihat kasut sekolah yang lumpur selepas ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jawa Baru, Chaah, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2023.

Sehubungan itu, dia berharap kerajaan dapat menyegerakan sebarang bantuan untuk keperluan persekolahan anak sekaligus meringankan beban mangsa banjir – MalaysiaGazette.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link