Infotainment

Ciri Pengecasan Nirwayar Berbalik iPhone Masih Dalam Pembangunan

Apple iPhone 12 Magsafe

rumahkabin black

Sokongan pengecasan nirwayar adalah satu ciri bonus pada sesebuah telefon pintar. Majoriti pengeluar peranti hanya menyertakan ciri ini pada telefon mercu sahaja dan tidak semua telefon dengan pengecasan nirwayar menyokong pengecasan nirwayar berbalik – iaitu ciri membolehkan peranti lain seperti jam tangan pintar atau TWS dicas melalui panel belakang.

Huawei antara yang terawal menyertakan ciri ini, kemudian Samsung, OnePlus, Pixel, Xiaomi dan banyak lagi. Tetapi tahukah anda, Apple juga ada menyertakan ciri ini pada iPhone? Sokongan ini dirancang sejak pada iPhone 11 lagi tetapi masih tidak kelihatan kehadiran ciri ini sehinggalah pengecasan MagSafe diperkenalkan pada iPhone 12 apabila, ada bukti ciri ini disertakan cumi telah disembunyikan dan dimatikan secara perisian.

Apple iPhone 12 Magsafe
Ciri Pengecasan Nirwayar Berbalik iPhone Masih Dalam Pembangunan 6

Laporan terkini dari 9to5Mac menyatakan ciri ini sepatutnya tiba pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max, tetapi jurutera Apple gagal menepati masa untuk menjayakan fungsi ini agar penggunaannya stabil. Tetapi Apple masih tidak mengalah dan masih sedang membangunkan ciri ini dan turut akan diintegrasikan ke dalam iOS untuk pengoptimasian yang baik.

Januari lepas Wireless Power Consortium telah bekerjasama dengan Apple untuk hadir dengan Qi2 yang menyokong MagSafe, memberi peranti Android menyokong penggunaan pengecasan nirwayar magnetik ini. Kerjasama ini besar kemungkinan turut akan mempercepatkan lagi pembangunan pengecasan nirwayar berbalik pada iPhone.

Apple MagSafe 01
Ciri Pengecasan Nirwayar Berbalik iPhone Masih Dalam Pembangunan 7

Apple juga dikatakan sedan membangunkan ciri wireless power out dalam iOS untuk memastikan pengedaran kuasa pengecasan dan pengaliran haba adalah seimbang. Ciri ini kelak turut akan ada antaramuka tersendiri apabila digunakan sama seperti aksesori rasmi MagSafe dilekatkan pada iPhone.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link