Sehingga kini terdapat ratusan telefon pintar baharu di seluruh dunia yang telah dilancarkan setiap tahun dengan pelbagai kelas dan harga jualan. Setiap satu daripadanya juga sering dikemaskini dengan inovasi terbaharu dalam memenuhi selera pengguna, sekaligus mampu meningkatkan tahap penjualan peranti. Menurut Counterpoint Research, Apple sekali lagi mempamerkan rekod cemerlang sebagai pengeluar telefon pintar terbaik dan meraih jualan tertinggi di seluruh dunia pada tahun 2022.

Dapatan kajian menunjukkan lapan daripada sepuluh model telefon pintar paling laris untuk tahun 2022 adalah iPhone. Melaluinya, iPhone 13 menjadi model dengan jualan yang memberangsangkan dan berjaya memberi sumbangan keuntungan sebanyak 28% jualan keseluruhan iPhone serta 5% pula di pasaran global. Ia bukan sahaja menunjukkan jualan paling tinggi pada tahun 2022, malahan mempunyai rekod cemerlang apabila berjaya kekal di tempat pertama sejak Januari hingga Ogos 2022.

Carta ini kemudiannya diikuti pula dengan iPhone 13 Pro Max dan iPhone 14 Pro Max dengan masing-masing menyumbang sebanyak 2.6% dan 1.7% bagi jualan keseluruhan telefon pintar. Lima lagi peranti Apple lain yang turut menduduki carta termasuklah iPhone 13 Pro (1.6%), iPhone 12 (1.5%), iPhone 14 (1.4%), iPhone 14 Pro (1.2%) dan iPhone SE 2022 (1.1%).
Sementara itu, baki dua lagi model dalam carta berkenaan pula telah diraih oleh Samsung menerusi model Galaxy A13 di tangga keempat dengan keuntungan sebanyak 1.6%. Seterusnya Galaxy A03 pula ditempat kesepuluh dengan keuntungan sebanyak 1.1%.

Dalam laporan yang sama, Counterpoint turut menyatakan bilangan aktif untuk telefon pintar di pasaran Global didapati menurun daripada angka 4,200 pada 2021 kepada sekitar 3,600 pada tahun 2022.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link