Pelaburan

Curi basikal lajak, remaja didenda RM4,000

0556ccfc 0f73 4bf0 8220 534b6dd9b8d4

rumahkabin black

MELAKA – Seorang remaja didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah basikal lajak, bulan lalu.

Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Hafiz Ros, 23, yang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hafiz didapati mencuri basikal lajak berwarna hitam dengan sport rim bernilai RM500 milik pengadu, Siti Azimah Tajudin, 33, di sebuah rumah di Jalan SB 3, Taman Seri Bertam, Tanjung Minyak, kira-kira pukul 2 pagi 26 Januari lalu.

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga peniaga kosmetik mendapati pagar rumahnya terbuka tanpa kesan pecah masuk namun sebuah basikal lajak milik anaknya hilang.

Pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan seorang lelaki bertopi yang dicamkan sebagai tertuduh sebelum dia membuat laporan polis.

Sepasukan polis Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah kemudian menangkap tertuduh pada 29 Januari lalu.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan, namun Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nora Yaacob memohon hukuman setimpal dikenakan.

Majistret Sharda kemudian menetapkan tertuduh didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. – MalaysiaGazette.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link