Infotainment

Dell Tidak Akan Menggunakan Khidmat Pengilangan China Untuk Produk Yang Dijual Di Amerika Menjelang 2027

Dell Logo Semua Produk Laptop Server

rumahkabin black

Kerajaan Amerika Syarikat dilihat masih lagi memperkenalkan sekatan ekonomi baru keatas syarikat-syarikat teknologi yang berpengkalan di China, dan terkini, nampaknya Dell dilihat akan mengambil satu langkah yang agak drastik untuk produk-produk mereka yang dijual di Amerika Syarikat.

Dimana kebanyakan produk-produk elektronik seperti peranti pintar dan komputer riba masih lagi dipasang di kilang-kilang di China, Dell nampaknya tidak akan menggunakan khidmat pengilangan dan komponen dari China sepenuhnya untuk produk-produk mereka menjelang 2027.

Menurut dokumen dalaman Dell, syarikat tersebut akan mula proses tersebut pada tahun 2025 kelak dengan menghentikan pembangunan peranti komputer desktop, komputer riba dan aksesori-aksesori mereka.

Dell Logo Semua Produk Laptop Server
Dell Tidak Akan Menggunakan Khidmat Pengilangan China Untuk Produk Yang Dijual Di Amerika Menjelang 2027 5

Pada tahun 2026 pula, Dell mahu memastikan bahawa cip-cip semikonduktor yang digunakan didalam peranti-peranti mereka dibangunkan oleh syarikat-syarikat bukan China di luar negara tersebut. Ia juga dianggarkan bahawa separuh daripada peranti-peranti yang dijual pada masa ini dikilangkan di luar negara tersebut.

Menjelang 2027 Dell mengharapkan bahawa 100 peratus daripada produk-produk Dell yang dijual di Amerika Syarikat adalah bebas pengeluaran China sepenuhnya.

Perkara ini dilihat hanyalah untuk produk yang dijual di negara tersebut, dan untuk negara-negara lain, Dell dilihat tiada pelan untuk mengubah pengeluaran dan penggunaan komponen bagi pasaran global mereka buat masa ini.

The post Dell Tidak Akan Menggunakan Khidmat Pengilangan China Untuk Produk Yang Dijual Di Amerika Menjelang 2027 first appeared on Amanz.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link