Hartanah

Dicekup dua jam selepas curi wang ATM

1657131413

rumahkabin black

KUALA SELANGOR – Perbuatan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan mencuri wang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berjumlah RM5,000 terbongkar apabila diberkas dalam tempoh dua jam sahaja, semalam.

Suspek lelaki berusia 36 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1.45 pagi di rumahnya di Kundang selain menemui wang dicuri tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan kira-kira pukul 11.40 malam kelmarin daripada seorang lelaki yang juga bekerja di syarikat sama dengan suspek tersebut.

Katanya, pengadu memaklumkan satu ‘seal casset’ bahagian bawah dan ‘casset’ wang terbuka ketika kerja pembaikan mesin ATM di kampus sebuah universiti tempatan.

“Pengadu mendapati tiada wang di dalamnya dan disyaki telah dicuri.

“Ekoran itu, hasil siasatan lanjut kemudiannya membawa penangkapan suspek selain merampas wang tunai berjumlah RM5,000 di kediamannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan suspek kini direman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan . – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link