Hartanah

Dua anjing unit K9 bomba dihantar ke Turkiye esok

smart 2

rumahkabin black

SEPANG – Sebanyak dua ekor anjing terlatih dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan dihantar ke Turkiye esok bagi membantu misi menyelamat mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Haiwan tersebut akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang mula dihantar ke Turkiye pada lewat malam ini untuk tinjauan penilaian situasi.

Menurut Komander Pasukan Smart, Penguasa Kanan Bomba, Mohd. Khairul Jamil berkata, secara keseluruhannya sebanyak empat ekor anjing kemungkinan akan terlibat dalam misi menyelamat di negara tersebut.

“Daripada segi tugas, kami lebih memberi fokus kepada operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan peralatan yang dibawa lebih menjurus kepada misi jenis sedemikian.

“Setakat ini, pihak SMART akan mendengar taklimat sejurus tiba di Gazientep iaitu lokasi paling hampir dengan pusat gegaran bencana tersebut,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Terdahulu, beliau bersama-sama dengan 74 anggota SMART tiba di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum berlepas pukul 12 tengah malam ini.

Mereka diraikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link