LUMUT – Dua lelaki tempatan berusia 69 dan 53 tahun ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kerana disyaki menjadi dalang utama kegiatan menyeleweng minyak diesel bersubsidi di sini hari ini.
Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kedua-duanya ditahan di kawasan kuari Pundut di sini menerusi Ops Tiris yang dijalankan kira-kira pukul 1.30 petang hari ini.
“Kejayaan operasi kali ini adalah hasil pemantauan dan intipan selama seminggu ke atas aktiviti pembelian minyak diesel di stesen minyak sekitar Manjung menggunakan kenderaan lori.
“Modus operandi aktiviti penyelewengan ini adalah dengan menggunakan sebuah kenderaan jenis lori yang disyaki telah diubah suai tangki asalnya. Minyak diesel di stesen minyak akan dibeli secara berulang kali untuk mengaburi kegiatan haram ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 250 liter diesel dibeli pada setiap sesi pembelian dan ia akan diulangi sehingga empat kali setiap hari.
Kamalludin berkata, lori itu kemudiannya disyaki akan ke sebuah kawasan kuari di Manjung dan memindahkan minyak diesel ke dalam sebuah tangki.
“Minyak diesel bersubsidi ini disyaki disimpan sementara untuk kegunaan jentera, mesin atau kenderaan milik syarikat.
“Sepatutnya pihak syarikat membeli dan menggunakan minyak diesel kategori komersil atau industri sahaja dan bukannya diesel bersubsidi,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui sebuah unit tangki yang dianggarkan berkapasiti maksimum 15,000 liter, sebuah lori, cecair disyaki minyak diesel dianggarkan berjumlah 2,250 liter dan beberapa peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak diesel.
“Semua barang yang disita dalam kejadian ini dianggarkan berjumlah sebanyak RM46,800. Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link