Hartanah

Dugaan 1 Ramadan, khemah rosak akibat hujat lebat

khemah rosak hujan lebat

rumahkabin black

SEREMBAN – Dugaan 1 Ramadan bagi peniaga dan penganjur di bazar Ramadan di Nilai di sini apabila lebih 50 buah khemah rosak akibat hujan lebat serta angin kuat petang semalam.

Seorang penganjur bazar Ramadan, Syed Alwi Syed Jaafar, 42, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM4,000 apabila 17 khemah miliknya rosak dan menganggap itu sebagai dugaan kecil dalam meniaga.

“Jika tahun lalu peniaga diuji seminggu sebelum Aidilfitri, tetapi kali ini pada hari pertama Ramadan.

“Saya terpaksa menahan kaki khemah kerana angin terlalu kuat dan agak menakutkan,” katanya di sini semalam.

khemah rosak hujan lebat 2
Keadaan khemah bazar Ramadan di Nilai sewaktu hujan lebat, semalam.

Syed Alwi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang melibatkan 17 buah khemah di bazar Ramadan berhadapan pasar raya Lotus dan 35 buah khemah lagi terletak bersebelahan McDonald’s lama Bandar Baru Nilai di sini.

Bagaimanapun, Syed Alwi berkata, dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan walaupun ketika itu kebanyakan peniaga sudah berada di lokasi untuk bersiap sedia memulakan perniagaan.

“Syukurlah hujan lebat berserta ribut itu hanya berlaku lebih kurang setengah jam dan selepas itu  peniaga meneruskan operasi perniagaan mereka.

“Ia ujian buat kami sebagai penganjur kerana tahun ini pertama kali kami sediakan khemah, tapi daripada 72 khemah, 17 telah rosak,” katanya.

Jelas Syed Alwi, kesedihan mereka menghadapi ujian itu terubat apabila melihat kehadiran pengunjung yang agak ramai pada hari pertama Ramadan.  – KOSMO! ONLINE

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link