Infotainment

EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999

EcoFlow RIVER 2 Pro 2

rumahkabin black

EcoFlow adalah jenama produk aksesori kuasa yang masih baru di Malaysia. Minggu lepas, mereka telah melancarkan siri River 2 dan Delta 2 iaitu stesen kuasa mudah alih untuk digunakan ketika glamping, berkhemah, piknik, atau aktiviti luar yang makan masa berhari-bari. Kedua-dua produk utama mereka ini boleh dikatakan sebagai powerbank yang telah ambil steroid.

Produk seperti ini bukan untuk semua orang, kerana ia adalah produk yang hanya diperlukan untuk kegunaan spesifik sahaja. Jika anda tidak berkhemah atau jarang melakukan aktiviti di luar, produk ini akan rasa terlampau mahal – tetapi jika kerap ia memang berbaloi.

River 2

EcoFlow RIVER 2 Pro 2
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 10

Terdapat tiga model di bawah River 2 iaitu River 2, River 2 Max dan River 2 Pro. Kesemua produk ini memfokuskan kepada kemampuan memberi kuasa di bawah 1kWh. Berat pula boleh bermula dari 3.5kg seunik dan mempunyai sokongan pengecasan lima kali ganda lebih pantas berbanding pesaing. Ini bermakna, model seperti River 2 boleh dicas dari 0% ke 100% kurang satu jam memberi kemudahan kepada pengguna serta ketahanan berpanjangan.

Setiap River 2 menggunakan bateri LiFePO4 (LFP) yang mempunyai ketahanan kitaran pengecasan sehingga 3000 kali untuk 10 tahun.

Terdapat port DC, palam kuasa, USB-A dan USB-C PD 100W untuk kesemua model. Beza adalah pada jumlah port untuk disambungkan sahaja.

EcoFlow DELTA Pro 1
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 11

Delta 2 pula adalah siri stesen kuasa mudah alih EcoFlow yang jauh lebih berkuasa. Sama juga ada tiga model, iaitu Delta 2, Delta Max dan Delta Pro. Kuasa yang boleh diberikan adalah serendah 3kWh dan boleh mencapai sehingga 25kWh untuk ketahanan sehingga berhari-hari lamanya.

Setiap model Delta menyokong sambungan ke pek bateri tambahan, untuk tambahan kuasa sehingga 3040Wh setiap unit. Kuasa pengecasan untuk Delta adalah 0%-80% dalam masa 50 minit, dan mempunyai kuasa output untuk mengecas pelbagai peranti atau gajet/aksesori sehingga 2200W.

Model Delta Pro turut boleh digunakan sebagai powerbank untuk kereta elektrik, memudahkan lagi pengguna kereta EV berjalan jauh jika tiada setesen pengecas berdekatan. Setiap model ada port sambungan lebih kurang sama dengan River 2, cuma ada lebih banyak tambahan dan ada roda untuk ditarik bawa dengan mudah.

EcoFlow 110W Portable Solar Panel 2
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 12

Setiap River 2 dan Delta 2 turut menyokong sambungan panel solar. Terdapat empat panel, iaitu 110W, 160W, 220W dan 400W. Setiap panel hadir dalam rekaan berlipat dan zip seakan beg, dibina dari bahan tahan lasak untuk kalis air, serta ringan.

Setiap panel solar turut ada kaki sendiri untuk mudah didirikan ketika melakukan aktiviti. Solar ini boleh memastikan setiap stesen kuasa mudah alih mempunyai kuasa tambahan jika bateri sudah hampir habis. Kuasa mengecas semula River atau Delta adalah sehingga 3 jam untuk penuh menggunakan panel solar ini.

1 River 2 series Price
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 13

Jualan setiap EcoFlow bermula pada 4 Mac lepas, dengan harga River 2 adalah RM1399, River 2 Max RM2399 dan River 2 Pro RM2999.

2 Delta series Price
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 14

Delta 2 pula dijual pada harga RM4,999, Delta Max pada harga RM8999 dan Delta Pro mencapai sehingga RM16999.

3 SolarPanel Price
EcoFlow Melancarkan Stesen Kuasa Mudah Alih River Dan Delta Pada Harga Mencapai RM16,999 15

Harga panel solar pula adalah bermula RM1199 dan mencapai sehingga RM3999. Setiap produk EcoFlow ini boleh dibeli di Shopee atau Lazada rasmi EcoFlow. Jaminan yang diberikan adalah satu tahun dan rebat sehingga RM840 turut akan diberikan jika pengguna ingin lakukan tukar-beli.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link