Pada 2021 yang lepas, pada acara Tesla AI Day, Elon Musk telah mengumumkan perancangan untuk membangunkan robot berbentuk manusia, dan ia diperlihatkan dalam bentuk prototaip pada 2022. Namun, ketika pengenalan prototaip, ia tidak boleh melakukan apa-apa, malah tidak boleh berjalan lagi ketika itu.
Kini, pada tahun 2023, melalui acara khas yang diadakan, Elon Musk mempertontonkan kemaskini kepada robot dinamakan Optimus mereka, yang boleh berjalan, dan melakukan tugasan.

Walaubagaimanapun, ia dipertontonkan dalam bentuk rakaman video, dan bukannya diperlihatkan secara langsung. Tetapi, secara kasar, Elon Musk memperlihatkan perkembangan pembangunan robot mereka.
Melalui video yang dipertontonkan, ia masih tidak bergerak dengan pantas seperti robot Boston Dynamics, tetapi ia memperlihatkan secara ringkas keupayaan dan perkembangan robot yang sedang dibangunkan Tesla.
Elon Musk sebelum ini sedia menyasarkan yang mana robot mungkin menjadi salah satu perniagaan utama Tesla berbanding pengeluaran kenderaan.
Robot-robot keluaran Tesla ini disasarkan akan melakukan sejumlah tugasan dan membantu dalam perindustrian – terutamanya untuk tugasan-tugasan berulang, atau digunakan dalam kilang.
Selain Tesla, sebelum ini, Xiaomi juga turut memperlihatkan secara ringkas pembangunan robot mereka, termasuk sebuah robot berbentuk manusia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link