Hartanah

EPL: Arsenal terus catat kemenangan

ARSENAL 6

rumahkabin black

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa pemainnya supaya kekal dengan kemahuan tinggi dan terus dahagakan kemenangan ketika kembali kepada pasukan selepas tempoh rehat antarabangsa selepas ini.

Peringatan itu hadir selepas mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Crystal Palace, kelmarin dan Arteta merasakan baki 10 perlawanan terakhir bakal menjadi detik terpenting buat The Gunners untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Mereka perlu menjaga diri mereka sepanjang tempoh ini dan harus kembali dengan mentaliti sama, terus dahagakan kemenangan untuk hadapi Leeds United. Ia adalah satu lagi perlawanan penting dan kami semua tahu tentang perkara ini.

“Saya mahu mereka terus berfikiran positif. Kami sentiasa berhubung dan mereka tahu bagaimana untuk menjaga diri. Semua ini bukan lagi rahsia jika kami mahu kekalkan penca­paian sekarang atau pun jika mahu beri yang lebih baik,” katanya.

Bukayo Saka meledak dua gol diikuti satu daripada Granit Xhaka dan Gabriel Martinelli, manakala jaringan tunggal Crystal Palace dihasilkan oleh Jeffrey Schlupp.

Kemenangan itu memastikan Arsenal kini memiliki kelebihan lapan mata berban­ding pencabar terdekat, Manchester City dan kini Arteta mahu anak buahnya kekal tampil aksi terbaik pada pertemuan dengan Leeds pada 1 April nanti.

“Selepas tersingkir daripada pertandingan lain, kami masih ada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris. Sudah pasti kami akan berikan segala-gala­nya untuk menentukan kedudukan terakhir kami.

“Kami juga manusia yang ada rasa letih. Adakalanya ia sesuatu yang sukar, namun pada akhir­nya kejuaraan akan jadi imbuhan terbaik segala kudrat yang kami berikan,” kata Saka. – AGENSI



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link