Pelaburan

Erdogan isytihar darurat 3 bulan di kawasan bencana

AP22143677539426

rumahkabin black





AP22143677539426
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata langkah darurat akan dilaksanakan di wilayah dilanda bencana. (Gambar AP)

ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini mengisytiharkan darurat tiga bulan di 10 wilayah tenggara Turki dilanda gempa bumi yang meragut ribuan nyawa.

Usaha menyelamat di kawasan terpencil berhampiran Syria disukarkan akibat ribut musim sejuk yang mengakibatkan beberapa jalan tidak dapat dilalui seterusnya melambatkan penghantaran makanan dan bantuan.

Erdogan berkata beberapa siri langkah darurat akan dilaksanakan di kawasan dilanda bencana dengan penghantaran bantuan kemanusiaan serta kewangan.

“Kami memutuskan mengisytiharkan darurat untuk memastikan kerja mencari dan menyelamat dapat dilaksanakan dengan pantas,” katanya.

“Kami akan mempercepatkan proses presiden dan parlimen berkaitan keputusan ini, selama tiga bulan merangkumi 10 wilayah di mana gempa berlaku.”

Kerajaan Erdogan semakin mendapat desakan di media sosial kerana dilihat lambat bertindak susulan gempa terbesar melanda Turki dalam hampir seabad.

Gempa dengan magnitud 7.8 pada Isnin itu meragut 3,549 di Turki dan 1,602 di Syria.

Erdogan berkata kerajaannya akan menghantar lebih 50,000 anggota penyelamat ke kawasan terjejas dan memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah 100 bilion lira Turki (USD5.3 bilion).





rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link