Hartanah

Gempa Turkiye: Pasukan SMART mula operasi menyelamat di Nurdegi

WhatsApp Image 2023 02 09 at 7.58.52 AM

rumahkabin black

PETALING JAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Turkiye kini sudah memulakan misi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata, operasi SAR yang diketuai oleh Komander SMART, Mohd. Khairul Jamil itu di mulakan di Nurdegi, Gazientep.

“Untuk makluman, Nurdegi adalah antara bandar yang paling teruk terjejas.

“Pasukan pertama sedang menjalankan operasi SAR di satu tapak runtuhan,” katanya.

Menurutnya lagi, pasukan kini turut berdepan dengan masalah liputan komunikasi dan ketiadaan bahan api di Nurdegi.

“Selain cuaca dan risiko gempa bumi susulan, mereka juga berdepan dengan kesukaran liputan komunikasi kerana ketiadaan internet selain tiada bahan api tersedia di Nurdegi,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, seramai 70 lagi anggota (SMART) diterbangkan ke Turkiye bagi membantu operasi SAR susulan kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Gaziantep, baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link