Infotainment

Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal

GrabTambang00

rumahkabin black

Grab hari ini mengubah struktur tambang mereka, dimana tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi. Hal ini sekaligus menguntungkan para pemandu Grab – dimana mereka akan menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan juga ketika kesesakkan lalulintas. Sebaliknya, untuk pengguna pula, mereka akan melihat sedikit perubahan pada kadar tambang bermula hari ini, 16 Januari 2023.

GrabTambang00
Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal 7

Melalui kadar tambang baharu, tambang per minit diubah daripada 20 sen kepada 43 sen, sementara tambang per km pula dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen.

Grab menyatakan tambang keseluruhan akan lebih kurang sama – tetapi akan menjadi lebih mahal apabila berlaku kesesakkan lalu lintas.

Grab Tambang 02
Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal 8
Grab Tambang 2023 01
Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal 9

Tambang-tambang lain termasuk tambang KLIA tidak terjejas buat masa ini. Perubahan tambang ini juga tertakluk kepada pengguna di Lembah Klang sahaja buat masa ini.

Walaupun Grab telah menyatakan perubahan ini kepada pihak pemandu, tetapi pada aplikasi Grab, ia masih memaparkan kadar tambang seperti sebelum ini buat masa ini.

Sumber : Grab

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link