Grammarly merupakan salah satu perkhidmatan yang sering dituju dalam melakukan semakan ejaan atau tatabahasa melibatkan bahasa Inggeris. Kini, selari populariti teknologi kecerdasan buatan, Grammarly mengumumkan sebuah ciri baharu pada penawaran mereka, dinamakan GrammarlyGo.
GrammarlyGo akan diperkenalkan dalam bulan-bulan akan datang, dan memfokuskan kepada kebolehan menulis kandungan mengikut gaay seseorang pengguna.

Grammarly menyasarkan penawaran ini akan mempercepatkan lagi anda menyiapkan penulisan anda. Ia dijangka beroperasi seumpama ChatGPT, dimana pengguna perlu memberikan sedikit arahan dan input. Ia seterusnya akan menjana sesuatu penulisan itu, mengikut gaya pengguna tersebut sendiri.
GrammarlyGo disasarkan untuk digunakan bagi sejumlah tugasan, termasuk untuk menjadikan sesuatu penulisan itu lebih panjang, digunakan dalam membalas emel mengikut tona dan gaya anda, disamping untuk memperibadikan sesuatu penulisan mengikut gaya anda.
GrammarlyGo bakal ditawarkan dalam bentuk beta seawal April ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link