Ketua Pemuda PAS Kelantan mendakwa Hannah Yeoh menggunakan kuasa sebagai menteri untuk menafikan giliran Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2024.

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan membuat laporan polis selepas seorang pemimpin PAS mendakwa beliau menggunakan kuasanya untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Hannah berkata, tuduhan pemimpin PAS itu yang dilaporkan dalam Harakah hari ini, adalah fitnah terhadapnya dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“PAS fitnah saya lagi. Kami di KBS tidak menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah Sukma.
“Semalam exco Kelantan bersama saya di KBS dan bersetuju menjadi tuan rumah Sukma 2028 bagi memberikan mereka tempoh persiapan lebih panjang sedangkan infrastruktur turut memerlukan masa untuk dibina,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukma 2024 dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menjadi penganjur Sukma 2026.
Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed dalam kenyataan di Harakah dan Facebook, mendakwa Hannah menggunakan kuasa sebagai menteri untuk menafikan giliran Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2024.
“Sementelah pula menteri DAP ini yang sememangnya terkenal dengan guna kuasa dalam senyap. Makan dalam.
“Anak muda Kelantan akan catitkan penafian giliran Sukma ini dalam sejarah politik atas terma kuasa dan penafian hak terhadap Kelantan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link