Honor 70 telah diperkenalkan sekitar Ogos lalu sebagai sebuah peranti Android kelas pertengahan lengkap dengan 5G terbina. Di Malaysia ia boleh didapati pada RM1999 sebuah dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB terbina.

Terbaharu variasi lebih mampu milik pula diperkenalkan menerusi Honor 70 Lite. Skrin IPS LCD sebesar 6.5-inci TFT LCD digunakan dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan skrin bertakuk kecil untuk peletakan kamera swafoto 8MP.
Seterusnya cip Snapdragon 480+ digunakan sebagai tunjang utama peranti dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB terbina. Sistem tri-kamera juga digunakan pada peranti dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP. Kapasiti bateri pula sebesar 5000mAh dengan pengecasan berwayar 22.5W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12, pengimbas cap jari sisi, pembesar suara dengan audio Hi-Res dan bicu audio 3.5mm. Peranti disediakan dalam pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue and Midnight Black dengan harga jualan £199.99 (~RM1096).
Kalau anda perasan, peranti keseluruhannya amat mirip dengan sebuah Honor X8 5G. Baik dari aspek perkakasan dalaman mahupun reka bentuknya. Perbezaan hanyalah terletak pada konfigurasi kamera utama yang kini lebih besar, sementara itu memori pula lebih kecil.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link