Infotainment

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S23+ Dan S23 Ultra Tertiris Sepenuhnya

Samsung Galaxy S23 Ultra Leak A

rumahkabin black

Siri Samsung Galaxy S22 akan dilancarkan 2 Februari ini. Hanya minggu lalu, imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy S23 telah tertiris ke arena web. Hujung minggu ini, imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy S23+ dan Samsung Galaxy S23 Ultra pula tertiris menerusi laman web Nieuwe Mobile.

Samsung Galaxy S23 Ultra Leak A
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S23+ Dan S23 Ultra Tertiris Sepenuhnya 8

Rekaan Galaxy S23 Ultra masih lagi sama seperti Galaxy S22 Ultra cuma dapat dilihat saiz lensa kamera yang lebih besar. Stylus juga dikekalkan dengan rekaan yang tidak menampakkan sebarang perubahan ketara. Pada Samsung Galaxy S23 pula peranti tidak lagi mempunyai bonggol kamera yang besar. Bahagian panel belakang adalah rata dan tiga kamera utama yang besaiz sekata disusun secara menegak.

Samsung Galaxy S23 Ultra Leak B
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S23+ Dan S23 Ultra Tertiris Sepenuhnya 9

Ini adalah rekaan yang sama seperti Samsung Galaxy S23. Pada tahun 2023, Samsung tidak ingin lagi menawarkan peranti dengan bonggol kamera yang besar. Secara peribadi kami merasakan bonggol masih perlu kerana ia boleh mengelakkan kerosakan pada lensa kamera. Diharap ketiadaan bonggol turut bermakna kapasiti bateri siri Galaxy S23 akan dapat dipertingkatkan dan tubuh yang sedikit lebih tebal.

Samsung Galaxy S23 Ultra Leak C
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S23+ Dan S23 Ultra Tertiris Sepenuhnya 10

Samsung Galaxy S23 C
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S23+ Dan S23 Ultra Tertiris Sepenuhnya 11

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link