Infotainment

Infinix Turut Melancarkan Teknologi Pengecasan Nirwayar 110W Wireless All-Round FastCharge

110W Wireless All Round FastCharge 1

rumahkabin black

Selain daripada 260W All-Round FastCharge, Infinix turut hadir dengan teknologi pengecasan nirwayar 110W Wireless All-Round FastCharge yang boleh mengecas penuh bateri dalam masa 16 minit. Bagi menjayakannya, Infinix menggunakan gegelung kecil sensitif yang dibuat khas bagi merendahkan suhu peranti, selanjutnya meningkatkan masa pengecasan puncak dan menambahbaik kecekapan proses pengecasan. Gegelung ini turut membolehkan sesebuah peranti itu dicas secara mendatar atau menegak. Pada masa sama, terdapat juga sistem kipas terbina bagi mengawal suhu peranti ketika dicas.

110W Wireless All Round FastCharge 1
Infinix Turut Melancarkan Teknologi Pengecasan Nirwayar 110W Wireless All-Round FastCharge 5

Sebagai tambahan, Infinix All-Round FastCharge Solution juga dibangunkan sebagai penyelesaian pengecasan yang inovatif. Ia membolehkan pengguna mengecas peranti dengan pelbagai cara sama ada pengecasan berwayar, nirwayar atau berbalik tanpa terikat pada sumber kuasa. Ia serasi dengan berbilang pengecasan pantas termasuklah PD 3.0 dan menawarkan ciri pemantauan pintar pengecasan waktu malam bagi memanjangkan jangka hayat bateri. Terdapat juga sehingga 20 sensor pemantauan suhu terbina bertujuan mengekalkan suhu peranti, di samping ia turut dilengkapi lebih 140 mekanisme pelindungan untuk keselamatan. Pengguna dikatakan boleh menikmati penyelesaian inovatif ini pada siri Infinix Note yang akan datang.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link