Pelaburan

JAIPk larang orang politik mengajar di masjid, surau Perak

1DE7326B 830E 4F1D 8E08 C2A75CBDDD77

rumahkabin black

IPOH – Wakil rakyat, Ahli Dewan Negara dan individu yang memegang jawatan dalam parti politik dilarang mengajar atau bersyarah di masjid serta surau berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya serta bekas ahli politik yang masih aktif dalam arena itu juga termasuk dalam kategori dilarang berbuat demikian.

“Ia selaras dengan ketetapan yang diputuskan Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak menerusi pekeliling garis panduan bertarikh 6 Mac 2023 kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid seluruh Perak.

93E299DC 7863 4558 84A6 5080A57759EA
Harith Fadzilah.

“Larangan mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan JAIPk terpakai kepada individu yang tidak mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi pekeliling Garis Panduan Larangan Mengajar Serta Bersyarah Dalam Masjid dan Surau yang Berdaftar Dengan JAIPk.

Sehubungan itu, Harith Fadzilah berkata, jawatankuasa kariah masjid dan surau dikehendaki sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah supaya selari dengan matlamat pengajaran dan syarahan pengajaran iaitu pengukuhan ilmu dan pemupukan perpaduan masyarakat. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link