Infotainment

Jam Proton X Watch Boleh Hidupkan Enjin Proton X50 Pada Harga RM1499

Proton X50 Hero Red

rumahkabin black

Siri Proton X adalah kereta Proton yang cukup popular. Sudah ada dua model iaitu X70 dan X50, di mana kedua-dua kereta ini menjalankan sistem inforia ATLAS yang padat dengan ciri pintar untuk kawalan pengguna.

Proton X50 Hero Red
Jam Proton X Watch Boleh Hidupkan Enjin Proton X50 Pada Harga RM1499 7

Untuk melengkapkan ekosistem pintar siri Proton X, jam tangan pintar Proton X Watch diperkenalkan untuk kunci/menyahkunci pintu, kawal tingkap, bunyikan hon kereta, kawal penyaman udara, buka bonet belakang kereta dan khusus untuk pengguna Proton X50 – enjin kereta turut boleh dihidupkan. Bukan itu sahaja, Proton X Watch turut boleh memaparkan baki minyak kereta dan bila perlu ke pusat perkhidmatan pelanggan untuk servis kereta.

proton x watch 04
Jam Proton X Watch Boleh Hidupkan Enjin Proton X50 Pada Harga RM1499 8

X Watch turut berfungsi sebagai jam tangan pintar biasa untuk memaparkan notifikasi, imbasan nadi, membaca data SpO2, menyokong banyak mod sukan, dan banyak lagi. Jam ini dijana dengan cip Snapdragon, menggunakan skrin 1.3-inci AMOLED, dan dijual pada harga RM1499 dengan pilihan tali jam hitam atau putih.

proton x watch 03
Jam Proton X Watch Boleh Hidupkan Enjin Proton X50 Pada Harga RM1499 9

Menurut sumber, jam ini dikategorikan sebagai sebahagian daripada alat ganti Proton X50 dan Proton X70 – bukannya sebagai aksesori biasa. Jam ini juga dilihat sukar untuk dibeli kerana tidak semua pengedar menjual jam ini.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link