Pelaburan

Kaji lokasi sebelum bina rumah ibadat, kerajaan diberitahu

024f4771 ahmad yunus parlimen screengrab 160323

rumahkabin black

Ahli Parlimen Kuala Langat Ahmad Yunus Hairi berkata lokasi rumah ibadat perlu dikaji dengan teliti bagi mengelak isu sensitif.

024f4771 ahmad yunus parlimen screengrab 160323
Ahli Parlimen Kuala Langat Ahmad Yunus Hairi mencadangkan lot tanah rumah ibadat Islam diletakkan di kawasan berbeza dengan rumah ibadat bukan Islam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji kesesuaian lokasi sebelum meluluskan pembinaan rumah ibadat terutama berdekatan kawasan perumahan bagi mengelakkan isu sensitif.

Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengakui maklum mengenai piawaian ditetapkan bagi pembinaan rumah ibadat itu tetapi mencadangkan lot tanah rumah ibadat Islam diletakkan di kawasan berbeza dengan rumah ibadat bukan Islam.

“Saya cadangkan kepada kementerian, sebaiknya rumah ibadat ini dapat diletakkan pada tapak berbeza. Contohnya rumah ibadat Islam berbeza dengan tapak rumah ibadat bukan Islam kerana ada beberapa sensitivitinya.

“Kita nak hidupkan keharmonian, tapi tak mahu ada ‘ketajaman’ apabila rumah ibadat ini berada dalam satu lot yang sama kerana mungkin akan berlaku bunyi-bunyi, pembesar suara yang akan timbul sedikit ketidaktenteraman atau sedikit konflik di kawasan tertentu,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Beliau turut memberikan contoh rancangan pembinaan kuil di kawasan Canary Garden, Klang, yang berdekatan perkampungan Melayu, sehingga menimbulkan kerisauan dan bantahan masyarakat setempat.

“Saya tak menafikan pembinaan itu keperluan penganut Hindu di Kampung Air Hitam, tetapi jaraknya agak jauh (dari masyarakat Hindu).

“Baru-baru ini ada seolah-olah pecah tanah, timbul kerisauan masyarakat Islam di situ, saya mengharapkan menteri, kerajaan negeri dan PBT dapat menangani isu ini dengan terbaik,” katanya.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link