Hartanah

Kebakaran Gunung Baling merebak sehingga ke puncak

WhatsApp Image 2023 02 01 at 23.42.37 2 e1675266912750

rumahkabin black

BALING – Kebakaran yang berlaku di Gunung Baling, di sini pada petang tadi dilaporkan semakin marak dan merebak sehingga menghampiri kawasan puncak gunung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 7.20 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati api sedang marak ke arah puncak Gunung Baling.

“Anggota bomba termasuk daripada Pasukan Bomba Sukarela berusaha memadam kebakaran di kaki gunung,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, operasi memadam kebakaran sukar kerana api telah merebak ke bahagian atas gunung.

“Operasi memadam kebakaran tidak dapat dilakukan atas faktor geografi dan dinding batu kapur 90 darjah,” ujarnya.

Tambahnya, operasi terpaksa ditangguhkan pada pagi esok berikutan cuaca gelap dan faktor-faktor keselamatan kepada anggota.

Video kebakaran tersebut turut viral di Facebook malam ini. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link