Sehingga hari ini, sebanyak dua buah model berbeza yang telah diperkenalkan di bawah siri Realme 10. Ianya merangkumi Realme 10 Pro yang dijual pada RM1,599 dengan varian 8GB/128GB. Sementara itu, Realme 10 Pro+ pula berharga RM1,799 dengan varian 12GB/256GB seunit. Ketersediaannya adalah menerusi Shopee, Lazada dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Menambah lagi pilihan, kehadiran Realme 10 pula mula diacah secara rasmi menerusi kemas kini baharu. Tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan setakat ini, namun kita boleh menyasarkan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Begitu juga dengan harga jualan dan ketersediaannya yang turut sama kami kongsikan di mana akan datang.
Meskipun begitu, peranti sebelum ini telah dilancarkan di beberapa pasaran terlebih dahulu. Jika ianya adalah model yang sama, maka peranti akan dijana dengan cip MediaTek Helio G99, di samping turut mengetengahkan beberapa ciri utama lain seperti skrin Super AMOLED 90Hz dan bateri 5000mAh.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link