Infotainment

Kejatuhan Bank Silicon Valley (SVB) Di Amerika Membuatkan Sejumlah Syarikat Teknologi Kini Berisiko Terkesan

rumahkabin black

Pada penghujung minggu lepas, salah satu perkara yang mengejutkan ramai berlaku di Silicon Valley yang menjadi pusat pembangunan pelbagai syarikat teknologi, apabila Bank Silicon Valley (SVB) mengalami kejatuhan, menjadikan ia antara kegagalan terbesar di Amerika Syarikat yang melibatkan bank.

Untuk makluman, Bank Silicon Valley ini telah mula beroperasi sejak 1983 yang lepas, dan mempunyai aset beratus bilion dolar sebelum kejatuhan. Pelbagai syarikat teknologi di Silicon Valley juga turut menggunakan perkhidmatan perbankan berkenaan – termasuk sejumlah nama besar seperti Etsy, Roblox, Roku, sejumlah syarikat Y Combinator, dan lain-lain.

Bank ini mengalami kejatuhan disebabkan oleh peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat, yang membawa kepada nilai bon-bon simpanan yang dipegang bank menjadi sedikit rendah. Kebiasaannya perkara ini tidak memberikan kesan serius, memandangkan bon tersebut boleh dijual apabila mencapai tempoh matang. Namun, disebabkan oleh kesan ekonomi, kadar duit masuk menjadi perlahan (melalui suntikan pelaburan dan lain-lain), dan pengguna perkhidmatan bank berkenaan mula mengeluarkan duit dari hari ke hari.

Malah, beberapa syarikat teknologi juga dikatakan menerima arahan daripada pelabur mereka untuk memindahkan duit dari bank tersebut ke yang lain – sekaligus membuatkan dana pada bank tersebut lebih terkesan.

Disebabkan oleh kejatuhan ini, kini bank tersebut diletakkan dibawah FDIC (Federal Deposit Insurance Corp). Pihak FDIC kini memegang aset SVB ini, dan mengatakan para deposit yang diinsurankan pada nilai sehingga $250,000 akan boleh akses kembali ke wang mereka menjelang 13 Mac 2023 ini. 

Pada masa yang sama, disebabkan oleh proses yang terlibat, ia dijangka akan memberikan impak kepada syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan perbankan tersebut. Ia dikatakan SVB mempunyai sekitar 37,000 perniagaan dengan deposit bernilai lebih $250,000.

Dengan baki bagi mereke dengan dana melangkaui $250,000 tidak boleh diakses, ia dijangka akan memberi kesan kepada operasi, termasuk dari segi membayar kos perniagaan, membayar gaji, dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung dijangka membawa kepada kesan dan risiko yang tinggi kepada sistem ekonomi. Buat masa ini, pelbagai pihak sedang bertungkus-lumus mencari kaedah dalam mengatasi masalah ini, termasuk menjual aset SVB, dan lain-lain.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link