Pelaburan

Kementerian Sumber Manusia mahu kaji monopoli pekerja asing

bd5153c3 v sivakumar bernama 25323

rumahkabin black

Menterinya V Sivakumar berkata, kerajaan tidak mahu ada pihak kaut keuntungan daripada kelonggaran permohonan pekerja asing.

bd5153c3 v sivakumar bernama 25323
V Sivakumar berkata jumlah kemasukan pekerja asing ke Malaysia sudah memadai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan meneliti monopoli di sektor pengambilan pekerja asing bagi mengelakkan ada pihak mengaut keuntungan tinggi.

Menterinya V Sivakumar berkata pihaknya tidak mahu kumpulan tertentu mendapat manfaat daripada kelonggaran diberikan untuk memenuhi keperluan industri.

Kelonggaran itu antaranya meluluskan permohonan dalam tempoh tiga hari.

“Namun kerajaan merasakan jumlah kemasukkan pekerja asing sudah memadai dan sekarang kita sudah hentikan untuk memberi kelulusan buat sementara waktu.

“Kita tidak mahu wujud satu keadaan lebihan pekerja asing di negara kita,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud ketika ini sebagai langkah menyediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos berpatutan.

Beliau berkata semua kementerian diarahkan mengkaji kewajaran pelaksanaannya untuk penilaian adil terhadap isu itu.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link