Hartanah

Kemuka tuntutan palsu, pengurus syarikat ditahan SPRM

WhatsApp Image 2023 01 18 at 14.42.24

rumahkabin black

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bernilai kira-kira RM180,000 pada tahun 2021.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lewat 50an itu ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Bintulu, Sarawak.

“Suspek disyaki membuat tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan cawangan Bintulu berkaitan satu program membabitkan tiga kawasan berbeza sekitar tahun 2021, namun tiada penghantaran dilakukan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu esok pada pukul 9 pagi bagi tujuan permohonan reman,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd. Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link