Pelaburan

Keterjaminan makanan antara sektor boleh diteroka Malaysia-Singapura

DSC 2846

rumahkabin black

SINGAPURA- Malaysia dan Singapura melihat sektor keterjaminan makanan antara sektor yang boleh diteroka bagi memberi manfaat besar kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun  masih mempunyai beberapa isu tertunggak namun kedua-dua negara tetap berhasrat untuk meneroka sektor-sektor baharu.

“Kita bersetuju untuk mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dalam keterjaminan makanan.

“Ia adalah sektor yang mana kita meminta sokongan supaya Singapura menjadikan Malaysia sebagai nadi bagi sektor berkenaan bagi kepentingan Malaysia dan Singapura,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Tengahari yang dihoskan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Istana, hari ini.

Mengulas lanjut pada sidang medianya selepas itu, Anwar menjelaskan, kerjasama boleh dilakukan menerusi pelaburan besar oleh Singapura yang memenuhi keperluan Malaysia.

“Saya tidak mengatakan kita perlu mengeksport makanan kepada Singapura sebaliknya kedua-dua negara boleh melihat kepada kemungkinan untuk meningkatkan pengeluaran.

“Ia boleh jadi pelaburan besar oleh Singapura kerana import (makanan) kita melebihi RM65 bilion jadi kita memerlukan pelaburan domestik dan asing yang besar termasuklah daripada jiran kita, Singapura,” katanya. – MalaysiaGazette

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link