PETALING JAYA – Durian runtuh buat penghibur jalanan, Khairul Nizam apabila dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung malam ini.
Pada pusingan akhir, Khairul yang mendedangkan lagu Aku Yang Tersakiti nyanyian asal Judika mengalahkan pencabar terdekatnya, Jesper Nimoi.
Menewaskan seramai 15 finalis lain pada pusingan akhir ATNM2, Khairul bersyukur kerana usahanya selama ini membuahkan hasil sehingga bergelar juara.
“Terima kasih, sudah lama saya nak masuk dalam bidang ini (nyanyian) sebab saya memang suka menyanyi.
“Dulu saya sentiasa mencuba tetapi akhirnya sudah berjaya hari ini” katanya.
Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada kesemua 50 juri ATNM2 kerana memilihnya sebagai juara program yang bersiaran selama lapan minggu itu.
“Terima kasih kepda semua juri kerana menyokong saya
“Insya-Allah saya akan cuba mencipta nama dalam negara dan membawa muzik serta lagu bernafas baru untuk industri kita,” ujarnya.
Sepanjang bersiaran, kesemua peserta ATNM2 dinilai seramai 50 juri terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara tanah air.
Antaranya ialah Ajai, Datuk Aznil Haji Nawawi, Shila Amzah, Rozita Che Wan dan Marsha Milan.
Sementara, Datuk Syafinaz Selamat pula sebagai Kapten Juri ATNM2 manakala Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link