Infotainment

Lagi Rekaan Nothing Ear (2) Tertiris

Nothing Ear 2 vs Ear 1

rumahkabin black

Hanya sekitar sebulan lepas, Carl Pei menyatakan Nothing tidak akan hadir dengan telefon pintar baharu dalam masa terdekat. Tetapi semalam, Pei memberitahu Inverse yang telefon pintar Nothing lebih premium akan dilancarkan pada tahun ini – mungkin adalah peranti mercu di bawah nama Nothing Phone (2).

Satu peranti sudah disahkan, kini satu lagi produk yang tertiris sejak tahun lepas turut mungkin akan tiba pada tahun ini – Nothing Ear (2). Ear (2) adalah pengganti kepada Ear (1) iaitu TWS premium mereka berbanding Ear (stick) yang lebih mampu milik.

Nothing Ear 2 vs Ear 1
Lagi Rekaan Nothing Ear (2) Tertiris 6

Rekaan baharu yang tertiris ini kelihatan sama dengan apa yang kami laporkan tahun lepas, cuma kali ini lebih jelas dan penuh butiran. Ear (2) akan kekal menggunakan rekaan lebih kurang sama dengan Ear (1), kecuali perubahan pada kedudukan sensor dan komponen. Selain itu, kerangka pengecasan juga dilihat hadir dalam bentuk segi empat dengan bucu yang membulat dan mempunyai blok putih yang tiada tekstur.

02Nothing Ear 2 Imej Tertiris 2023 02
Lagi Rekaan Nothing Ear (2) Tertiris 7

Kedudukan mikrofon kini dilihat berada di bahagian tangkai dengan komponen dalaman yang disusun semula. Spesifikasi masih tidak jelas lagi, tetapi pada Ear (1) TWS ini menggunakan pemacu audio dinamik grafena bersaiz 11.6mm , ditala oleh Teenage Engineering, menyokong codec SBC dan AAC, hadir dengan 3 mikrofon HD, menyokong pembatalan hingar aktif, perlindungan IPX4, pengecasan nirwayar Qi dan Bluetooth 5.2.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut Nothing Ear (2).

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link