Hartanah

Lima pekerja ladang warga India edar dadar, dihukum gantung

Mahkamah 1

rumahkabin black

SEREMBAN – Lima pekerja ladang warga India dijatuhi hukuman gantung sampai di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine dan ketamine seberat lebih empat kilogram (gram), lima tahun lalu.

Hakim Datuk Azizul Azni Adnan menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh Radhakrishnan Syam, Fazil Farook, Sainulabdeen Siyad, Abdul Kalam Sajeev dan Salim Sabeer selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melam­paui ke­raguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut dua pertuduhan, kesemua tertuduh berusia 30 hingga 44 tahun didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 1.51 kg dan Ketamine seberat 2.79 kg.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang di Kawasan Takau Mukim Linggi, Port Dickson pada 3 Ogos 2018.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sehingga 15 kali sebatan.

Dalam pada itu, kesemua tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas pertuduhan memiliki bahan mengandungi racun ‘Pseudoephedrine’ di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1)Akta Racun 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala’uddin Baharom dan Husni Fairos Ramly manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Datuk Hariharan Tara Sing.

Hariharan ketika ditemui selepas prosiding memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan ke atas anak guamnya. – KOSMO! ONLINE

 



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link