Hartanah

Lori tangki bawa 22,000 liter petrol, 6,000 liter diesel terbakar

Lori terbakar

rumahkabin black

BINTULU – Seorang lelaki berusia 40 tahun berdepan detik cemas apabila lori tangki membawa muatan petrol dan diesel yang dipandunya terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 7.42 pagi tadi berhampiran ladang Sime Darby di sini dan segera mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, BBP Samalaju dan BBP Bintulu ke lokasi.

Setiba di lokasi, katanya, didapati lori tangki minyak terbabit yang membawa muatan 22,000 petrol Primax 5 dan 6,000 liter diesel telah terbakar di bahagian belakang.

“Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan buih sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, terdapat lima petak muatan minyak dalam satu tangki berkenaan.

Katanya, dua tangki paling belakang (mengandungi petrol Primax 5) telah terbakar 100 peratus.

Manakala tiga petak di hadapan (dua petak berisi petrol Primax 5 dan satu petak berisi diesel) dapat diselamatkan.

Tambahnya, kerja-kerja pemadaman selesai pada pukul 11:15 pagi. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link