Hartanah

Mahkamah: Bekas eksekutif Petronas Carigali didakwa terima rasuah RM6.1 juta

Rasuah

rumahkabin black

KUALA LUMPUR – Bekas eksekutif Petronas (Pembinaan) Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) mengaku tidak salah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 37 pertuduhan menerima rasuah melibatkan wang RM6.1 juta dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM940,000.

Di hadapan Hakim Rozina Ayob, Mohd. Amal M. Razalan, 36, meminta dibicarakan atas 37 pertuduhan menerima rasuah RM6.1 juta melibatkan jumlah berbeza di antara RM2,078 dan RM825,503.60 pada waktu-waktu berlainan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara 21 Disember 2016 dan 1 Ogos 2019 di Maybank Berhad Cawangan KLCC, Menara Berkembar Petronas, Jalan Ampang di sini.

Menurut pertuduhan, Mohd. Amal didakwa menerima suapan daripada dua individu berbeza (pengarah syarikat dan pengurus projek) melalui cek yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank Berhad milik sebuah syarikat lain.

Tertuduh didakwa menerima suapan hasil persubahatan dengan seorang individu sebagai upah membantu sebuah syarikat kejuruteraan mendapatkan kerja-kerja penyelenggaraan bagi PCSB.

Mohd. Amal didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibaca bersama Seksyen 28 (1) (c) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta itu.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Februari ini bagi sebutan kes.

Mahkamah turut memerintahkan pasport diserahkan sebagai syarat jaminan dan tertuduh disenaraihitam daripada keluar negara sehingga pelupusan kes.

Tertuduh turut diperintah melapor diri ke pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali setiap awal bulan.

Tertuduh diwakili oleh peguam-peguam Datuk Hasnal Rezua Merican dan anaknya Muzammil Merican manakala pasukan pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohamad Fadhly Mohd. Zamry.

Ketika mahkamah bersidang, Mohamad Fadhly memohon jaminan di antara RM1 juta dan RM2 juta kerana jumlah itu bersesuaian bagi memastikan kehadiran tertuduh sepanjang perbicaraan.

Bagaimanapun, Hasnal Rezua memohon jaminan maksimum RM100,000 atas alasan anak guamnya tiada pekerjaan tetap selepas perkhidmatannya ditamatkan ketika siasatan dijalankan.

Ujar peguam bela, tertuduh menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua orang anak dan bapa yang lumpuh kekal.

“Empat akaun anak guam serta aset-aset lain telah dibekukan, jadi dimana tertuduh hendak mendapatkan sumber kewangan bagi membayar jaminan?” ujar Hasnal Rezua.

Menurut peguam bela, Mohd. Amal memberi kerjasama sepanjang siasatan sejak April tahun lalu.

Ujar Hasnal Rezua, tertuduh juga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas pertuduhan di bawah Akta SPRM.

Menurutnya, pasukan pembelaan akan mengemukakan representasi selepas menerima dokumen daripada pihak pendakwaan.

Sementara itu, di hadapan Hakim Azura Alwi, Mohd. Amal turut didakwa atas enam pertuduhan pengubahan wang haram iaitu lima menerima dan satu menggunakan wang berjumlah RM939,334.10.

Bagi lima pertuduhan AMLA, dia didakwa menerima RM798,985.49 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui empat akaun bank milik seorang pengarah syarikat.

Kesalahan didakwa dilakukan di Maybank Berhad Petronas Twin Tower, Jalan Ampang dan Dataran Maybank di sini serta Public Bank Berhad cawangan Mont Kiara dan Jalan Genting Kelang, di sini antara 13 Julai 2017 dan 15 Mac 2022.

Bagi satu lagi pertuduhan AMLA, dia didakwa menggunakan wang berjumlah RM140,348.61 melalui dua akaun CIMB miliknya di CIMB Bank Berhad Jalan Pantai Baru, di sini pada 22 Mac 2021 dan 18 Mac 2022.

Keenam-enam pertuduhan itu dibuat mengikut subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Subseksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan kes itu disebut pada hari yang sama. – KOSMO! ONLINE



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link