
PETALING JAYA: Tiga mangsa pemerdagangan orang di Myanmar yang berjaya dibawa pulang ke tanah air hari ini memberitahu, mereka tidak diberi makanan dan gaji sekiranya gagal menepati sasaran ditetapkan sindiket tersebut.
Ketiga-tiga mereka berusia antara 19 hingga 33 tahun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 11 pagi, diiringi ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.
Mereka dibawa pulang dari Bangkok, Thailand selepas terpedaya dengan tawaran kerja di Facebook yang menjanjikan bayaran sebanyak RM4,000.
Remaja yang hanya dikenali sebagai Sha berkata, selain itu dia turut diugut memakan daging babi jika gagal menuruti arahan mereka.
Sha yang berasal dari Johor Bahru berkata, dia berada di Myanmar sejak empat bulan lalu selepas tergoda dengan gaji ejen sindiket melalui Facebook.
Katanya, ejen terbabit menawarkan kerja dalam syarikat tukaran mata wang asing di Thailand, namun tidak menyangka dibawa ke Myanmar dan menjadi mangsa sindiket pekerjaan.
Katanya, sindiket didalangi warga China itu menetapkan setiap pekerja perlu mendapatkan 3,000 yuan sehari dengan menyasarkan rakyat Malaysia melalui aplikasi pembayaran sewa kereta dan e-panggilan.
“Sekiranya gagal menepati sasaran, sindiket akan didenda iaitu bekerja lebih 12 jam sehari, ketuk ketampi 100 kali dan tidak diberikan gaji dan makanan,” katanya menurut Berita Harian.
Rakannya, Muhammad, 26, dari Terengganu berkata, dia dan Sha saling mengenali dan tawaran kerja itu diketahui melalui rakannya itu sebelum mereka bersetuju ke Thailand menggunakan jalan darat dari Johor Bahru ke Kelantan.
Katanya, mereka dibawa masuk ke negara jiran oleh seorang ejen sindiket melalui sungai dan laluan tikus di sempadan di Golok.
“Sebaik memasuki Thailand kami tidak tahu lokasi tepat kami berada sebelum terus dibawa ke Myanmar untuk ditempatkan di sebuah bangunan untuk bekerja dengan sindiket terbabit.
“Telefon bimbit kami dirampas menyebabkan sukar untuk menghubungi pihak luar bagi mendapatkan bantuan. Di sana sindiket menempatkan kami di sebuah bangunan dan terdapat kira-kira 16 rakyat Malaysia lain turut menerima nasib sama seperti kami,” katanya.
Mohammad berkata, dia sempat menghubungi adiknya awal bulan lalu bagi mendapatkan bantuan menggunakan telefon sindiket selepas tidak sanggup berhadapan pelbagai seksaan.
Katanya, mereka kemudian diselamatkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Thailand bersama beberapa anggota tentera Thailand selepas menerima maklumat dari Malaysia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link